Sukma: Johor sasar 55 pingat emas

BERITA SEMASA 6 SEPTEMBER 2022

Kontinjen Johor menyasarkan 55 pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-20 yang bakal berlangsung di sekitar Lembah Klang pada 16 hingga 24 September ini, Lapor wartawan Sinar Harian Nor Azura Md Amin.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sasaran itu mampu berdasarkan persiapan rapi yang dilakukan oleh atlet Johor untuk berdepan temasya dwitahunan itu.

Kontinjen Sukma Johor pada temasya Sukma kali ini terdiri daripada 526 atlet, 165 pegawai dan 90 urusetia.

Artikel: https://bit.ly/3RFXeOy

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa