Spekulasi kerusi yang bakal ditandingi Khairy Jamaluddin terus rancak diperkatakan selepas dia menyatakan kesediaan untuk melepaskan kerusi Parlimen Rembau kepada Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.<br /><br />Menurut sumber Umno Negeri Sembilan, beberapa kawasan parlimen menjadi tumpuan untuk kemungkinan bekas ketua Pemuda Umno itu bertanding pada PRU15 nanti, termasuk Tampin, Kuala Pilah atau Putrajaya.