Pakatan Harapan akan menyelesaikan isu pembagian kerusi terlebih dahulu sebelum membincangkan hasrat parti lain menyertai gabungan itu, kata Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.<br /><br />Katanya setakat ini mereka bersepakat bahawa sesebuah kerusi kekal dengan parti yang bertanding dan hanya kerusi ditinggalkan Bersatu akan dirunding sesama sendiri.