Ketika ditanya mengenai keperluan mengadakan perbincangan dengan wakil Perikatan Nasional (PN) mengenai tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) , Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata tidak ada keperluan setakat ini.<br /><br />Jelasnya lagi, dua jawatan menteri kanan kepada wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah boleh dianggap setara dengan jawatan TPM.<br /><br />Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke 18 (MIHAS 2022) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC) hari ini.
