Wanita direman babit kes pelaburan tak wujud di Kedah

BERITA SEMASA 8 SEPTEMBER 2022

Seorang wanita direman di Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pelaburan wang tidak wujud, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Wanita berusia 23 tahun itu direman bermula 8 hingga 9 September ini bagi membantu siasatan.

Sebanyak 33 laporan polis daripada mangsa yang dikatakan terlibat dalam skim pelaburan berkenaan sehingga mencecah kerugian RM1.2 juta.