DAP mengingatkan rakan gabungan mereka bahawa penggunaan reka bentuk baru logo tidak pragmatik dalam pilihan raya umum (PRU) yang boleh diadakan pada bila-bila masa saja.<br /><br />Dalam wawancara bersama Malaysiakini dan KiniTV, setiausaha agungnya Anthony Loke berkata lebih penting buat Pakatan Harapan mempamerkan dasar, arah tuju dan kepimpinan yang jelas.<br /><br />Majlis Presiden PH pada 25 Ogos lalu mengumumkan satu reka bentuk baru logo akan dipertimbangkan pada PRU15.
