Seramai 24 warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di Kemboja selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) petang ini. Kesemua mereka yang tiba disambut Menteri Luar Saifuddin Abdullah.<br /><br />Kata Saifuddin terdapat 29 lagi warga Malaysia masih berada di depot imigresen. <br /><br />Dalam pada itu, Saifuddin berkata, pihaknya menasihatkan rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati untuk menerima sebarang tawaran pekerjaan yang ditawarkan menerusi media sosial.
