Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap bekas ahli MKT Umno Lokman Noor Adam atas dakwaan memfitnah menerusi akaun media sosial.<br /><br />Dalam penyataan tuntutan, Naib Presiden Umno itu mendakwa Lokman pada 22 Ogos lepas telah membuat kenyataan-kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu video yang dimuat naik ke empat akaun media sosial Lokman.