Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yakin PKR mempunyai peluang yang lebih besar untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 jika ia diadakan pada musim tengkujuh.

Berucap kepada orang ramai di Rapat Mega Keadilan malam tadi, Rafizi berkata ini kerana isu banjir sehingga kini masih tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan.

Rafizi turut merujuk nasib yang menimpa Parti Republikan dalam pilihan raya Amerika Syarikat pada 2008 selepas banjir besar akibat Taufan Katrina.

Sumber video: https://fb.watch/ftL0GHy2Pk/