Air naik di Pontian terkawal, penduduk lakukan persediaan awal

BERITA SEMASA 12 SEPTEMBER 2022

Fenomena air pasang besar yang melanda beberapa kawasan di daerah Pontian, Johor sejak Ahad berada dalam keadaan terkawal.

Antara kawasan terlibat ialah Kampung Nelayan Benut yang terletak berdekatan dua sungai utama iaitu Sungai Benut dan Sungai Pinggan.

Difahamkan,meskipun kejadian banjir kilat belum pernah berlaku setakat ini, penduduk tempatan tetap melakukan persediaan awal seperti menyimpan dokumen penting di tempat selamat, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Artikel: https://bit.ly/3xgsmws

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa