Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa 71 keping cek berjumlah RM15.2 juta dikeluarkan daripada akaun bank Najib Razak pada 2011 dan diberikan kepada pelbagai individu, entiti dan organisasi politik <br /><br />Pengurus cawangan AmBank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi juga mengesahkan bekas perdana menteri itu tidak pernah memfailkan tindakan sivil terhadap AmBank dari 2015 hingga 2018 berhubung transaksi akaunnya.