Sultan Selangor perkenan tarik darjah kebesaran Najib, Rosmah

BERITA SEMASA 12 SEPTEMBER 2022

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan untuk menarik semula darjah kebesaran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berkuat kuasa hari ini.

Pendaftar Darjah Kebesaran Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim berkata, penarikan balik keahlian darjah kebesaran itu atas titah perintah Sultan Selangor setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor.

Menurutnya, penarikan balik darjah kebesaran itu selaras dengan kuasa prerogatif baginda di bawah Perkara 37 dan Perkara 39 Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 serta Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di Selangor.

Artikel: https://bit.ly/3RXbl26

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa