Dua termasuk anggota polis maut dalam kemalangan

BERITA SEMASA 14 SEPTEMBER 2022

Dua lelaki termasuk seorang anggota polis maut dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di Kilometer 134.7 Lebuhraya Utara Selatan, arah Selatan, Pagoh, Johor, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kemalangan pada jam 4.45 pagi itu melibatkan sebuah kereta, treler, bas dan 3 buah lori membawa muatan berat.

Difahamkan, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca akibat pertembungan sebuah lori dan sebuah kereta di susur keluar RNR Pagoh, arah selatan itu.

Artikel: https://bit.ly/3BeHn2Z

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa