Kenyataan Hadi diadu kepada kesatuan ulama dunia

BERITA SEMASA 17 SEPTEMBER 2022

Parti Amanah akan membuat aduan kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia berkenaan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sewenang-wenangnya melabelkan orang lain tidak beriman.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sikap ditonjolkan Abdul Hadi langsung tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang ulama dan disifatkan melampau.

Media sebelum ini melaporkan Abdul Hadi berkata, ramai dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) yang tidak beriman dan tidak bermoral yang mana secara terbuka mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah.

Artikel: https://bit.ly/3LiT1i1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa