PRU15: Zahid beri bayangan Ismail Sabri kekal PM

BERITA SEMASA 19 SEPTEMBER 2022

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan kekal sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan tersebut menang pada PRU15.

Kenyataan tersebut dilihat mengulangi kembali pendirian MKT UMNO pada April lalu yang memutuskan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri pada PRU15.

Menurut beliau, permintaan MIC dan dasar berkaitan kebajikan masyarakat India akan dipertimbangkan seandainya Datuk Seri Ismail Sabri kekal sebagai Perdana Menteri.

Artikel: https://bit.ly/3RVLsjB

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa