Pencuri duit tabung masjid diminta tampil runding, minta maaf

BERITA SEMASA 20 SEPTEMBER 2022

Pihak Masjid Kariah Tanah Datar, Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan meminta seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri duit dari tabung masjid itu supaya tampil berunding dan memohon maaf.

Video kejadian tersebut tular dalam media sosial memaparkan aksi seorang lelaki tidak memakai pelitup muka sedang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Video berdurasi dua minit enam saat ditularkan sendiri beberapa ahli jawatankuasa masjid tersebut selepas kejadian itu berlaku pada 11 September lalu.

Difahamkan, kejadian tersebut hanya disedari semasa bilal masjid tersebut ingin mengutip duit tabung selepas waktu Isyak dan mendapati mangga tabung sudah dipecahkan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa