PAS menegaskan bahawa musuh politiknya yang “sebenar” ialah Pakatan Harapan dan sekutu ‘khemah besar’nya dan bukannya Barisan Nasional.<br /><br />Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan berkata, PAS yakin hanya kerjasama politik di antara parti-parti utama Melayu-Islam akan dapat mengelakkan pertandingan lebih dari dua penjuru dalam PRU15 nanti.
