Bekas perdana menteri Najib Razak dipindahkan ke Hospital Rehabilitasi Cheras (CRH) di Kuala Lumpur kerana memerlukan fisioterapi, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.<br /><br />Menurutnya, pakar perubatan akan mengadakan sidang kelurga dengan Najib dan ahli keluarganya untuk menjelaskan keadaan dan pelan rawatannya, sebelum dihantar semula ke Penjara Kajang.<br /><br />Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa berlaku campur tangan daripada kerajaan agar layanan istimewa diberikan kepada Najib.