Langkah mengadakan pilihan raya umum (PRU) semasa musim tengkujuh adalah tidak sesuai, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.<br /><br />Bercakap pada sesi temu bual khas semalam, Khairy menyenaraikan tiga sebab utama mengapa negara tidak sepatutnya mengadakan PRU ketika terdapat risiko banjir iaitu faktor keselamatan, tenaga kerja dan kesihatan.
