Tahun 2022 menandakan 50 tahun Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM menabur jasa kepada negara dalam melahirkan modal insan yang hebat dalam bidang kewartawanan, perhubungan awam, penyiaran, pengiklanan dan penerbitan.<br /><br />Sebagai sekolah komunikasi massa yang pertama di Malaysia, ia kini ditambahbaik dengan menyebarluas bidang baharu iaitu program komunikasi media baharu seiring dengan perkembangan semasa.