Abdul Azeez Abdul Rahim dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.<br /><br />Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah.
