Lebih 200 individu ditipu pemaju di Kelantan

BERITA SEMASA 25 SEPTEMBER 2022

Lebih 200 individu mendakwa ditipu pemaju berkait dengan pembelian rumah kos rendah di beberapa kawasan di Kelantan.

Penipuan tersebut disedari selepas timbul beberapa keraguan sehingga ada diantara mereka kehilangan hak milik rumah walaupun sudah membuat pembayaran.

Difahamkan ia melibatkan projek perumahan di Salor, Peringat, Limbat, Badang termasuk Kuala Krai dan Jeli, lapor wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin.

Artikel: https://bit.ly/3C7oDUI

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa