Pemandu, 14 pekerja parah bas kilang jatuh tebing di Melaka

BERITA SEMASA 25 SEPTEMBER 2022

Pemandu bas dan 13 pekerja kilang mengalami kecederaan parah apabila kenderaan dinaiki mereka menggelosor lalu terjatuh ke tebing di Jalan Simpang Gading/ Kesang Pajak, Alor Gajah, Melaka, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob

Dalam kejadian lebih kurang jam 7.50 malam itu, bas dipandu lelaki berusia 40-an tersebut membawa 37 pekerja kilang lelaki warga Myanmar dan Nepal dalam perjalanan pulang sebelum berlaku masalah brek kira-kira jarak 100 meter dari asrama penginapan mereka.

Pengarah Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Melaka, Abu Bakar Katain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.57 malam sebelum tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, BBP Ayer Keroh dan BBP Alor Gajah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Artikel: https://bit.ly/3dEKauH

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa