PM belum buat keputusan tarikh bubar Parlimen

BERITA SEMASA 26 SEPTEMBER 2022

Ketika spekulasi mengenai tarikh PRU15 semakin kencang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum membuat keputusan bila beliau akan membubarkan Parlimen.

Perdana Menteri berkata, sebarang keputusan mengenainya bergantung kepada perbincangan dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO pada 30 September ini.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO itu berkata, beliau belum mendapat maklumat mengenai agenda mesyuarat MT UMNO.

Artikel: https://bit.ly/3SCB5Bv

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa