Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan teknologi yang ada membolehkan proses penterjemahan dilakukan secara langsung.<br /><br />"Apa alasan kita untuk tidak berbangga dengan bahasa kita?," kata Ismail Sabri selepas ditanya oleh Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dalam sidang medianya.
