Kutipan dana yang bertujuan membantu Ketua Umno Sungai Besar Jamal Mohd Yunos dilaporkan telah mencecah RM300,000.<br /><br />Kutipan dana itu dilancarkan bagi membantu Jamal membayar ganti rugi selepas dia kalah dalam saman fitnah.<br /><br />Ia dilancarkan oleh sebuah kumpulan bernama Gabungan Solidariti Anak Selangor (GSAS), kelmarin.
