Ebit tenang, perbicaraan dijangka tertumpu kepada Firdaus Wong

BERITA SEMASA 30 SEPTEMBER 2022

Hari terakhir perbicaraan pendakwah terkenal, Ebit Lew sebelum disambung semula dengan tarikh baharu membabitkan kes gangguan seksual dijangka masih tertumpu kepada Firdaus Wong sebagai saksi ketiga pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, saksi pertama Mohd Fairuz Abu, 37, dalam perbicaraan pada Khamis diberitahu oleh mahkamah bahawa beliau akan dipanggil semula untuk menyambung pemeriksaan balas daripada pihak peguam bela sebelum perbicaraan Firdaus diteruskan.

Perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Majistret Tenom, setakat ini sudah memanggil tiga saksi sepanjang empat hari perbicaraan berlangsung.

Artikel: https://bit.ly/3riJHBv

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa