Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim mengemukakan usul kepada Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun hari ini.<br /><br />Ia bagi membincangkan permasalahan ekonomi yang melibatkan krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan mata wang negara.<br /><br />Menerusi satu hantaran di Facebook, katanya perkara itu perlu disegerakan kerana kedua-dua isu berkenaan telah memberi kesan kepada rakyat.
