Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman menepis dakwaan penggantungan keahliannya selama enam tahun daripada Umno.<br /><br />Secara sinis Tajuddin mendakwa bahawa dia masih ahli Umno, dan penggantungan itu bukannya "hukuman mati".'<br /><br />Ahli Parlimen Pasir Salak itu mengeluarkan kenyataan itu apabila dia diganggu ketika sesi soalan lisan di sidang Dewan Rakyat hari ini.
