Tiada keperluan mengadakan perbahasan tergempar mengenai krisis ekonomi kerana sesi semasa persidangan akan ditumpukan kepada Bajet 2023 mulai minggu depan, kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.<br /><br />Menurut Azhar, usul itu tidak perlu disegerakan antara lain kerana ia telah lapan kali dibahaskan di Dewan ini termasuk melalui usul tergempar. <br /><br />Beliau berkata demikian ketika menolak usul yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim agar ahli parlimen membahaskan isu itu hari ini dan supaya Perdana Menteri menjawab masalah yang dibangkitkan.