Anwar hairan Menteri Kewangan tenang nilai ringgit jatuh

BERITA SEMASA 4 OKTOBER

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim hairan terhadap Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak bimbang akan kejatuhan wang ringgit negara.

Menurutnya, ini adalah satu-satunya Menteri Kewangan yang tidak bimbang pada kejatuhan nilai ringgit negara dimana ianya sekaligus terkait dengan harga makanan.

Beliau menegaskan sekali lagi supaya kerajaan perlu sanggup mengambil langkah tegas dan membuat perubahan dasar untuk menjamin agar harga makanan dapat terkawal.

#Parlimen #BeritaSemasa #SinarHarian