Isu pekerja asing: Menteri Sumber Manusia 'naik angin'

BERITA SEMASA 4 OKTOBER 2022

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan menyelar Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran kerana mengelirukan Dewan Rakyat berhubung kemasukan pekerja asing ke Malaysia.

Tegasnya, ketika Ahli Parlimen Ipoh Barat menjadi Menteri Sumber Manusia mengumumkan moratorium terhadap pekerja Bangladesh pada 1 September 2018 sehingga beliau hilang kuasa tiada pekerja asing masuk ke dalam negara.

Beliau turut mendakwa disebabkan kecacatan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat itu hampir tiga tahun negara tidak menerima pekerja asing daripada Bangladesh.

#Parlimen #BeritaSemasa #SinarHarian