Perjumpaan khas UMNO: Ahmad Maslan kunci mulut

BERITA SEMASA 4 OKTOBER 2022

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berteka-teki mengenai perjumpaan khas Presiden dan Perdana Menteri pada Selasa, di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, lapor Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid.

Ahli Parlimen Pontian itu turut mengunci mulut mengenai pertanyaan adakah pertemuan ini mengenai desas-desus Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam masa terdekat.

Tambah Ahmad, perjumpaan yang diadakan pada Selasa ini dihadiri 191 bahagian UMNO
melibatkan Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri.

Artikel: https://bit.ly/3e56kGE

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa