Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyelar kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang didakwa tidak bimbang dengan kejatuhan nilai ringgit ketika ini.<br /><br />Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, Tengku Zafrul tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana situasi yang melanda negara itu mengundang kebimbangan ramai.