Kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob akan menjadi kerajaan paling tidak bertanggungjawab dalam dunia sekiranya membubarkan Parlimen sebelum Bajet 2023 dibentangkan, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Berucap di Himpunan Harapan Melaka Bangkit malam tadi, Loke berkata tindakan itu bakal memberi mesej kepada pelabur bahawa negara ini tidak mempunyai ketetapan berhubung dasar dan ekonomi.

Semalam timbul khabar angin bahawa Ismail akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Khamis bagi memberi cadangan untuk membubarkan Parlimen sebelum Bajet 2023 dibentangkan pada Jumaat.

Sumber: rhttps://www.facebook.com/KeadilanRakyat/videos/1247716255796834