Menteri Sumber Manusia M Saravanan membidas dakwaan pembangkang bahawa PRU15 akan dibuat semasa musim banjir sambil menegaskan kerajaan mempunyai pelan rancangan sembilan bulan lebih awal berdasarkan pengalaman tahun lalu.<br /><br />Saravanan turut secara sinis mengatakan rakyat pasti akan mengundi pembangkang sekiranya kerajaan melakukan 'kesilapan' dengan mengadakan PRU semasa musim banjir.<br /><br />Terdahulu Lim Guan Eng (PH - Bagan) bertanya mengenai pelan kerajaan menghadapi banjir sekiranya PRU15 diadakan serentak pada musim tengkujuh.
