Mahkamah beri tempoh sebulan anggota Hizbut Tahrir lantik peguam

BERITA SEMASA 5 OKTOBER 2022

Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan memberi tempoh sebulan kepada seorang anggota Hizbut Tahrir Malaysia di daerah ini untuk melantik peguam kerana disyaki melanggar fatwa Negeri Sembilan yang mengharamkan ajaran itu,
lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Hakim, Kamal Bashah Ahmad Tajuddin memberi tempoh itu kepada tertuduh, Jamaluddin Maidin Syed, 46, pada Rabu bagi membolehkan pendakwaan diteruskan terhadapnya.

Sepatutnya pada Rabu, prosiding terhadap tertuduh akan bermula mengikut Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.

#BeritaSemasa #Mahkamah #SinarHarian