Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob akan memohon membubarkan Parlimen minggu ini.<br /><br />Seorang ahli MKT Umno yang enggan namanya didedahkan berkata, berdasarkan bayangan itu besar kemungkinan Ismail akan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan untuk membubarkan Parlimen Jumaat ini.