Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengakui wujud isu berbangkit antara partinya dan Bersatu di Selangor, namun menyifatkan ia hanya "masalah kecil".<br /><br />Menurutnya, apa sahaja isu yang dibincangkan dalam PAS dan Bersatu akan dibawa ke Majlis Presiden Perikatan Nasional.<br /><br />Tuan Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai spekulasi hubungan PAS dan Bersatu menjadi dingin ekoran pembahagian jawatan ketua PN di 22 kawasan Parlimen Selangor.