Perdana Menteri selesai menghadap Agong

BERITA SEMASA 6 OKTOBER 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Istana Negara pada jam 4.44 petang tadi selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selama kira-kira sejam.

Difahamkan, Istana Negara hari ini menjadi tumpuan berikutan spekulasi Datuk Seri Ismail Sabri akan memohon pembubaran Parlimen daripada baginda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan PRU15.

Dalam pada itu, perdana menteri juga dipercayai turut menyentuh mengenai Bajet 2023 dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, sebelum pembentangan di Dewan Rakyat petang esok.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3JOv01i

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa