Bajet 2023: Bantuan RM500, RM1,000 diberi kepada pencari kerja

BERITA SEMASA 7 OKTOBER 2022

Bagi meringankan beban pencari kerja, kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menyediakan bantuan mobiliti sebanyak RM500 kepada pencari kerja yang mendapat pekerjaan di luar negeri bermastautin.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan mobiliti RM1,000 pula akan diberikan kepada pekerja yang berhijrah jarak jauh dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Artikel: https://bit.ly/3T6MCJx

#Bajet2023
#Belanjawan2023