Kerajaan akan menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing untuk golongan B40, khususnya golongan belia bermula tahun depan.<br /><br />Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika membentangkan Bajet 2023 berkata, ia akan dilaksanakan menerusi program MyPSV yang bertujuan membantu belia B40 untuk menjana pendapatan menerusi perkhidmatan membawa penumpang.