Kerajaan akan meneruskan skim MySalam kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sepanjang 2023.<br /><br />Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata skim itu akan diteruskan dengan membuka kepada syarikat insurans dan takaful untuk bersama-sama memastikan kesinambungan MySalam.<br /><br />Selain itu, Baucar Perlindungan Tenang telah memanfaat lebih tiga juta penerima BKM dan akan diteruskan melalui kaedah perkongsian kos.
