PRU15: Kedah tak bubar DUN dalam masa terdekat

BERITA SEMASA 7 OKTOBER 2022

Kedah tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau telah sembah maklum berhubung hasrat itu ketika menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah secara dalam talian pada Selasa lepas.

Muhammad Sanusi berkata, ketetapan tidak membubarkan DUN berkenaan diambil Kedah dengan mengambil kira ramalan banjir dikeluarkan Jabatan Meteorogi Malaysia.

Artikal: https://bit.ly/3MedeWE

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa