Kerajaan menerusi Bajet 2023 memperkenalkan semula bantuan kepada pesawah padi dengan memberi bantuan sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim kepada 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta.<br /><br />Selain itu, kerajaan mengumumkan peruntukkan RM256 juta untuk Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebanyak RM800 kepada pekebun kecil getah yang akan memanfaatkan 320,000 pekebun kecil.