Lebih 2 jam Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul aziz membentangkan Bajet 2023 pada Jumaat lalu.

Namun, Rang Undang-Undang perbekalan itu yang sepatutnya mula dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini tidak dapat diteruskan.

Ia susulan proklamasi pembubaran Parlimen diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Untuk memahami konteks perlembagaan dan nasib Bajet 2023 serta RUU yang lain, berada di talian ketika ini adalah Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara