PM tak patut salahkan PN: Muhyiddin

BERITA SEMASA 12 OKTOBER 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob harus bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya dan bukan menyalahkan pihak lain berhubung pembubaran Parlimen.

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Datuk Seri Ismail menyalahkan beliau dan 12 menteri PN sebagai punca diadakan PRU15 sebagai tidak bertanggungjawab.

Tegasnya, Ahli Parlimen Bera itu tidak sepatutnya menyalahkan sesiapa berhubung perkara itu, sebaliknya perlu bertanggungjawab terhadap apa yang sudah dilakukan.

Artikel: https://bit.ly/3fXUgYg

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #BubarParlimen #PN #SinarHarian