Ucapan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendapat perhatian selepas dia membayangkan pemimpin BN bakal dihadapkan ke mahkamah jika gabungan itu kalah dalam PRU akan datang.<br /><br />Bercakap pada perhimpunan tahunan MIC pada Isnin, Zahid berkata ini hanya boleh dielakkan jika BN mempunyai "kemenangan dominan" pada PRU15.