Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Hamzah Zainuddin mempertahankan tindakan 12 menteri gabungan itu menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon PRU15 ditangguhkan selepas musim banjir. <br /><br />Hamzah berkata sebagai ahli parti, dia juga memahami mengapa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu mematuhi arahan partinya iaitu Umno supaya PRU15 perlu diadakan dalam tahun ini.
