Menteri Dalam Negeri sementara Hamzah Zainuddin berkata, kebimbangan terbesar pihak berkuasa apabila PRU15 berlangsung tidak lama lagi adalah banjir besar, seperti yang melanda negara pada Disember lalu.<br /><br />Pada sidang media selepas menghadiri taklimat polis mengenai kesiapsiagaan menghadapi banjir dan pilihan raya, Hamzah berkata polis bersama agensi lain telah menjalankan simulasi di semua 14 negeri.
